Saturday, January 1, 2011

Kita potong kuku ikut sunnah NABI ke???

Attention!! oppss!! salah lak..lupa nak bagi salam..hehe..Assalamualaikum...ok..ya continue entry baru lagi k' nak kongsi kat korang semua...korang-korang semua tau tak potong kuku tu salah satu amalan sunat yang kita kena selalu amalkan..kalau buat dapat pahala..x buat x dapat apa-apa pun..hehe.. ◕ ‿ ◕ tp better buatlah..dapat lah pahala lebih cikit...mungkin apa yang yaya bagi nie korang-korang semua boleh lah jadikan panduan..sambil-sambil tu amal-amalkan lah ye..
even tak ada lagi hadis sahih berkenaan persoalan memotong kuku dan boleh memotong kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu nie..tapi semua pun tau kan hari Isnin, Khamis, dan Jumaat tu adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat..so sunatlah untuk kita potong kuku pada hari-hari tersebut..kat sini gak..yaya ada nyatakan beberapa kebaikan yang kita akan dapat kalau kita potong kuku ikut hari-harinya..semua nie bukan rekaan yaya ye..tp yaya dapat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai yang juga yaya ada turut sertakan sabda daripada Rasulullah S.A.W.. ◕ ‿ ◕

Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud:-
"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya."
(Riwayat Ahmad).

Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang memotong kukunya pada:
Hari ISNIN : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Hari SELASA : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Hari RABU : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari KHAMIS : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari JUMAAT : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah taala.



p/s: yaya nak pesan kat sini..kalau nak potong kuku tue..janganlah potong sebarang potong..ada kaedahnya walaupun tu cuma kuku jew..kuku nie pun sebahagian daripada kita yg kita kena hormati...lepas tue....korang-korang semua kenalah buang kuku tu kat tempat yg x kotor..seelok-eloknye..buanglah ke tanah sebab kita kan ke dari unsur tanah..bukannya ke dalam tong sampah..even tong sampah tue bersih..pastu nak ingatkan lagi..kalau nak mula potong kuku tue..kenalah mulakan dengan basmalah dan selawat nabi..potong lah kuku tue start dari jari telunjuk sebelah kanan sampai habis..then continue dari jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri..then last sekali..ibu jari tangan kanan ye..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails